Tuesday, March 23, 2010

Malaysian The Parrot

Fed up! I'm really fed up with najib's administration.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN tidak tahu menyeelesaikan masalah. Beliau hanya tahu umum dan umumkan pelbagai pembaharuan, projek dan dasar seperti mana burung kakak tua.

Apa sahaja yang disuapkan kepada PM dan nampak baik beliau akan umumkan tanpa memikirkan berkali-kali implikasi akan datang. Umum subsidi beras timbul masalah. Umum subsidi minyak, timbul masalah. Umum GST timbul masalah.

Masalah timbul kerana DS Najib dan Jemaah Kabinet tak ubah seperti burung kakak tua (parrot) yang hanya mengulangi apa sahaja yang diucapkan oleh pegawai kanan kerajaan dan pembantu-pembantu Menteri yang tidak cekap, cuai dan tidak memahami pemikiran rakyat di bawah.

Bukan PM saja. TPM pun sama.

Apa sahaja cadangan pengawai kanan kerajaan dan pembantu terus beliau umumkan. Umum kurangkan bantuan sekolah asrama, akhirnya ubah balik. Umum tarik Skim Baucer Tuiysen, kemudiannya ubah ke asal.

Umum peruntukan besar ke sekolah berprestasi tinggi, timbul kemarahan sekolah luar bandar dan sekolah lain yang terasa dianak tirikan. Nak tarik rasa malu sekarang ni guru sekolah biasa menyumpah seranah kerana peruntukan mereka dikurangkan sedangkan sekolah SBT dalam bandar yang ramai anak pegawai kanan kerajaan dapat bantuan berlebih-lebihan.

Kurangkan peruntukan Sukan sekolah. Bila kena lanyak buat u turn lagi. Apa punya mangkuk punya menteri pelajaran merangkap TPM ni? Sekarang bagi berlebih pula untuk peruntukan sukan. menteri flip flop aka menteri parrot.

Ada satu lagi parrot kurang bercakap tapi bila bercakap lagi nampak bodoh. Jawatan asal Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekarang di panggil orang Menteri Amaran Dalam Negeri. Ini sebab kerjanya bagi amaran sahaja.

Masalah dalam polis tak boleh selesai sebab Hishamuddin hanya ulang apa yang pegawainya cadangkan. Pegawai pula banyak sudah kong kali kong dengan tokey kaya. Bila pegawai cadang supaya kontrak Musa Hassan ditamatkan lebih awal hishamuddin pun setuju saja sebab tak tahu apa berlaku dalam polis. Alasan pegawai mahu baiki imej polis. Hakikatnya sebab mereka "tak boleh makan" Musa Hassan.

Bila China Press keluar cerita terus Hisham melenting konon hendak ambil tindakan. akhirnya hanya AMARAN yang dibagi sebab memang itupun jawatannya Menteri Amaran Dalam Negeri. Sebab utama tiada tindakan kerana Hisham tahu sebahagian cerita itu ada kebenarannya. Iaitu beliau mahu Musa letak jawatan.

Apa punya bangang Menteri yang satu. tak boleh tunggu kontrak musa tamat September inikah? Dulu Ketua SPRM pun macam tu juga. Kontrak tinggal dua bulan tetapi diarah berhenti sebab nak tunjuk Menteri punya power. Sapa tak ikut cakap pejabat Menteri alamat "umur" jawatan tak panjang. Jangan ingat duduk menteri dalam negeri boleh catur siasatan SPRM untuk kenakan seteru politik dalam parti.

Lepas marah China Press boleh pula dia kata akan ada perubahan kepimpinan dalam pasukan Polis dalam masa terdekat ini. Nah apa benda ni YB? Apa pegawai suap semua menteri cakap akhirnya kenyataan hari ini dah berlainan dengan semalam.

banyak lagi menteri parrot tapi tunggu lain kali.

2 comments:

  1. apa masalahnya bro? Biasalah lepas umum kalau ada masalah kena ubahlah. Itu menunjukkan kerajaan yang prihatin dengan pandangan rakyat. Datuk najib sendiri pun dah cakap rakyat diutamakan. Kerajaan hanya boleh merancang, kalau rakyat tak suka takkan nak teruskan?

    ReplyDelete
  2. Kalau tak mahu jadi parrot atau hanya mengulang cakap orang lain, kena banyak berfikir bagaimana cara agar jadi lain dari yang lain.

    PAS, ally of communist

    ReplyDelete