Tuesday, March 23, 2010

Malaysian The Parrot

Fed up! I'm really fed up with najib's administration.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN tidak tahu menyeelesaikan masalah. Beliau hanya tahu umum dan umumkan pelbagai pembaharuan, projek dan dasar seperti mana burung kakak tua.

Apa sahaja yang disuapkan kepada PM dan nampak baik beliau akan umumkan tanpa memikirkan berkali-kali implikasi akan datang. Umum subsidi beras timbul masalah. Umum subsidi minyak, timbul masalah. Umum GST timbul masalah.

Masalah timbul kerana DS Najib dan Jemaah Kabinet tak ubah seperti burung kakak tua (parrot) yang hanya mengulangi apa sahaja yang diucapkan oleh pegawai kanan kerajaan dan pembantu-pembantu Menteri yang tidak cekap, cuai dan tidak memahami pemikiran rakyat di bawah.

Bukan PM saja. TPM pun sama.

Apa sahaja cadangan pengawai kanan kerajaan dan pembantu terus beliau umumkan. Umum kurangkan bantuan sekolah asrama, akhirnya ubah balik. Umum tarik Skim Baucer Tuiysen, kemudiannya ubah ke asal.

Umum peruntukan besar ke sekolah berprestasi tinggi, timbul kemarahan sekolah luar bandar dan sekolah lain yang terasa dianak tirikan. Nak tarik rasa malu sekarang ni guru sekolah biasa menyumpah seranah kerana peruntukan mereka dikurangkan sedangkan sekolah SBT dalam bandar yang ramai anak pegawai kanan kerajaan dapat bantuan berlebih-lebihan.

Kurangkan peruntukan Sukan sekolah. Bila kena lanyak buat u turn lagi. Apa punya mangkuk punya menteri pelajaran merangkap TPM ni? Sekarang bagi berlebih pula untuk peruntukan sukan. menteri flip flop aka menteri parrot.

Ada satu lagi parrot kurang bercakap tapi bila bercakap lagi nampak bodoh. Jawatan asal Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekarang di panggil orang Menteri Amaran Dalam Negeri. Ini sebab kerjanya bagi amaran sahaja.

Masalah dalam polis tak boleh selesai sebab Hishamuddin hanya ulang apa yang pegawainya cadangkan. Pegawai pula banyak sudah kong kali kong dengan tokey kaya. Bila pegawai cadang supaya kontrak Musa Hassan ditamatkan lebih awal hishamuddin pun setuju saja sebab tak tahu apa berlaku dalam polis. Alasan pegawai mahu baiki imej polis. Hakikatnya sebab mereka "tak boleh makan" Musa Hassan.

Bila China Press keluar cerita terus Hisham melenting konon hendak ambil tindakan. akhirnya hanya AMARAN yang dibagi sebab memang itupun jawatannya Menteri Amaran Dalam Negeri. Sebab utama tiada tindakan kerana Hisham tahu sebahagian cerita itu ada kebenarannya. Iaitu beliau mahu Musa letak jawatan.

Apa punya bangang Menteri yang satu. tak boleh tunggu kontrak musa tamat September inikah? Dulu Ketua SPRM pun macam tu juga. Kontrak tinggal dua bulan tetapi diarah berhenti sebab nak tunjuk Menteri punya power. Sapa tak ikut cakap pejabat Menteri alamat "umur" jawatan tak panjang. Jangan ingat duduk menteri dalam negeri boleh catur siasatan SPRM untuk kenakan seteru politik dalam parti.

Lepas marah China Press boleh pula dia kata akan ada perubahan kepimpinan dalam pasukan Polis dalam masa terdekat ini. Nah apa benda ni YB? Apa pegawai suap semua menteri cakap akhirnya kenyataan hari ini dah berlainan dengan semalam.

banyak lagi menteri parrot tapi tunggu lain kali.

Monday, March 15, 2010

Kerajaan Flip Flop

Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak tampaknya mengulangi sikap dan perangai kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal sebagai kerajaan flip flop dan half past six.

Tindakan kerajaan membatalkan cadangan, Sistem Subsidi Beras Rakyat (SUBUR), sistem baru harga Petrol dan penangguhan GST antara keputusan terbaru yang menunjukkan kerajaan hari ini berada dalam keadaan tidak boleh berfikir.

Memang benar keputusan kerajaan ini menepati kehendak majoriti rakyat tetapi mengapa sebelum ini Menteri-menteri terbabit bukan main megah dan hebat sekali melancar atau mengumumkannya tanpa mengambil kira sentimen rakyat sendiri?

Mengapa tiada kajian yang mengambil kira kehendak rakyat sebelum diumumkan perkara-perkara seperti ini?

Subur misalnya sangat memalukan. Dilancarkan oleh Perdana Menteri tetapi akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana lebih banyak wang perlu dikeluarkan untuk sistem subsidi baru ini berbanding sistem lama. Mengapa tergopoh gapah melancarkan Subur sebelum kajian dan pandangan para wakil rakyat BN diambil kira?

Demikian juga sistem subsidi petrol lawak jenaka Ismail Sabri. Megapa Menteri begitu gah untuk mempertahankan sistem yang penuh birokrasi tersebut sehingga akhirnya terpaksa dibatalkan kerana sudah menjadi bahan jenaka rakyat.

Demikian juga GST, ada pegawai kanan kerajaan mengatakan harga barang akan menjadi lebih rendah apabila GST diperkenalkan. Jika demikian mengapa ditangguhkan? Jika benar GST Malaysia boleh merendahkan barangan seperti dakwaan Pegawai kanan yang menguruskan hal ehwal GST mengapa ia tidak dilaksanakan?

Tindakan kerajaan menangguhkan pembentangan GST kali kedua ini menunjukkan kerajaan sendiri sebenarnya tidak membuat kajian terperinci dan mendapat maklum balas umum sebelum dibuat atau diumumkan. Hasilnya kerajaan terpaksa menarik balik beberapa keputusan yang telah dibuat.

Sesebuah kerajaan yang flip flop bukanlah sebuah kerajaan yang baik. Kalau PM dan Menteri tidak boleh befikir dan asyik diperbodohkan oleh pegawai kerajaan dan konsultan cari makan elok semua resign sahaja.

jangan sampai dari anggapan kerajaan flip flop menjadi kerajaan dungu pulak.

Wednesday, February 17, 2010

Hishamuddin Paling Berkuasa Selepas Rosmah dan Najib

Mahathir menjatuhkan Tunku Abdul Rahman bagi memberi ruang kepada Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Tun Razak lantik Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun dalam masa yang sama beliau memberi lauan yang begitu pantas kepada abang iparnya, Hussien Onn mendaki hirarki kuasa di dalam UMNO melalui perlantikannya sebagai Menteri pelajaran.

Apabila Tun Razak meninggal, Tun Hussien Onn dilantik menjadi Perdana Menteri. Khabarnya atas wasiat Tun Razak, Hussien melantik Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila Hussien melapas jawatan, Mahathir menjadi Perdana Menteri. Beliau kemudiannya secara peribadi meastikan Najib Tun Razak bertanding dalam pilihan raya dan menjadi Menteri Besar Pahang termuda.

Dalam masa yang sama, Mahathir turut membantu mempercepatkan kerjaya Hishamuddin Tun Hussien. Hishamuddin tanpa kebolehan kepimpinan (lihat sahaja Pemuda UMNO dibawahnya berbanding sebelumnya) terus mendapat jawatan penting di bawah Mahathir.

Sungguhpun Mahathir mengharapkan Najib akan menjadi Timbalan selepas Anwar, namun perubahan-perubahan politik negara selepas itu menyaksikan Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila Abdullah menjadi PM, Mahathir mengumumkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sungguhpun ramai menjangkakan Muhyiddin akan dilantik oleh Abdullah. Abdullah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Dalam pembentukan Kabinet, Najib hanya meminta satu nama untuk beliau iaitu nama Hishamuddin diberi potfolio kanan. Hishamuddin diberi jawatan Menteri Pelajaran.

Mahathir kemudiannya memainkan peranan penting selepasnya bagi memastikan najib naik secepat mungkin menggantikan Abdullah. Bersama anaknya, Mukhriz Mahathir, mereka mahu mengulangi sejarah sebelum ini.

Sejarah kejatuhan Tunku Abdul Rahman bermula lagi. Abdullah jatuh diganti dengan Najib hasil usaha Mukhriz Mahathir dan Mahathir Mohamad.

Apabila Najib naik beliau memastikan Hishamuddin Tun Hussien mendapat tempat dalam parti dan kerajaan. Hishamuddin adalah orang kepercayaannya. Dua nama diminta oleh Najib kepada kebanyakan ketua bahagian untuk Naib Presiden ialah Hishamuddin dan shafie Apdal.

Hishamuddin kemudiannya diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri biarpun sejarah telah menunjukkan Hishamuddin merupakan ketua pemuda UMNO paling lembik. Hari ini laman-laman pro Najib sendiri menggelar beliau sebagai Menteri Amaran Dalam Negeri.

Hishamuddin bukannya bekerja untuk menjaga keselamatan negara tetapi menjaga kepentingan beliau dan najib di dalam UMNO. Mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat tidak bersetuju dengan dasar Najib akan dikenakan tekanan secara senyap termasuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penyisihan dari media.

Sungguhpun SPRM di bawah Datuk Seri Nazri Aziz, Hishamuddin meletak orang kepercayaannya, Datuk Hisham Nordin sebagai Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah.

Beberapa pemimpin muda UMNO yang boleh menjadi saingan kepada Hishamuddin telah diberi tekanan bertubi-tubi oleh SPRM. Hishamuddin dikatakan berkuasa mengarahkan siasatan berterusan terhadap beberapa pemimpin UMNO biarpun fakta menunjukkan tiada kes untuk pendakwaan.

Malahan beberapa kes yang telah dihantar kepada Pendakwaraya dan didapati tiada prima facie untuk pendakwaan didiamkan sahaja oleh kerajaan atas arahan Hishamuddin. Tujuannya ialah untuk membiarkan imej pemimpin-pemimpin ini terus tercemar dari segi persepsi politik.

Dalam kempen pemuda yang lalu juga Hishamuddin melalui jentera beliau menyususp ke dalam kem Mukhriz dan Khir Toyo bagi mensabotaj dari dalam dan memastikan kemenangan Khairy jamaluddin. Dengan bantuan Setiausaha Kerja Pemuda, Shahrul (sekerang Supol Zahid hamidi).

Hishamuddin mahukan KJ menang bagi memastikan hanya beliau pilihan yang ada untuk kepimpinan pelapis UMNO akan datang. Beliau tahu KJ adalah "gone case" di dalam UMNO.

Malahan sungguhpun Hishamuddin memastikan Khairy menang Ketua Pemuda, namun beliau juga memastikan Khairy tidak mendapat sebarang jawatan kabinet.

Sekarang, Hishamuddin akan memastikan imej Zahid hamidi dan Muhyiddin Yassin terus tercemar bagi memudahkan beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO akan datang.

Hishamuddin adalah tokoh yang perlu dilihat pada masa akan datang. Sesiapa yang menjadi saingan kepada Hisham pasti akan disisih oleh najib.

Tuesday, February 16, 2010

Kabinet Dapur Baru?

Sudah ada cakap-cakap bahawa kerajaan hari ini dipimpin oleh Kitchen Cabinet baru mengikut susunan berikut:

1. Yang Teramat Mulia Datin Sri Rosmah Mansor
2. YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
3. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn

Monday, February 15, 2010

1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

1. Koh Tsu Koon yang tewas teruk waktu dianugerahkan jawatan Menteri Penuh! Ironinya memegang potfolio NKRA dan KPI. Lawak apa ini? (Idris Jala tak kedengaran pun suaranya lagi...)

2. Tan Lian Hoe yang BUTA SEJARAH atau PURA-PURA TAK TAHU SEJARAH dilantik terus jadi Timbalan Menteri meskipun telah memaparkan kedangkalan pengetahuan asas sejarah dan pembentukan negara bangsa ini.

3. Shahrizad yang tersungkur di PU pada budak hingus diberi jawatan Menteri Penuh. Apakah ketandusan pemimpin berwibawa di peringkat nasional? Bagaimana agaknya di peringkat regional mahupun global? Lagi teruk barangkali.

4. Ali Rustam yang terang-terangan didapati bersalah menyogok wang dan jam tangan Rolex kepada perwakilan oleh JK Disiplin UMNO terus diberi mandat memegang jawatan Ketua Menteri. Bagaimana DS Najib bisa mempersenda keputusan JK badan UMNO sendiri? Bukan penghinaankah itu?

5. Hanya dengan sedikit provokasi untuk bertanding jawatan TP UMNO maka sekonyongnya Zahid Hamidi disarankan bertanding NP UMNO. Sedangkan di kala kepimpinan Abdullah Badawi yang meMALUKAN negara bermula dari keputusan terburu-nuru menghantar Azmi Khalid ke China memohon maaf untuk kesalahan yang tak dilakukan pun. (Bukankah wanita ketuk ketampi bogel iyu berbangsa Melayu! What the shame Dolah!). Zahid Hamidi ini sebok menguar-uarkan PhD cap ayamnya itu. Orang berhempas pulas study nanotechnology, fuzzy logic, parallel and neural network dia tanpa segan silu menjaja title Dr ke sana-sini hasil kajian sosiologinya itu..trivial!

6. Hampir separuh dari anggota Kabinet kini tak ada kredibiliti. Johari baharom yang rasuah itu pun diberi jawatan Timbalan Menteri. sedangkan budak sekolah yang berlambak dapat 5A UPSR dan 8A PMR belum tentu dapat SBP lagi. Itukah makna pencapaian diutamakan DS Najib?

7. Hindraf yang terang-terang menghasut membabi buta menyatakan berlakunya ethnic cleansing di kalangan masyarakat India di Malaysia dilepaskan begitu saja tanpa bicara! Bacalah memorandum yang dihantar kepada Queen Elizabeth. Fitnah Jahat Hindraf ini tak terbayar harganya! Malah Makkal Sakhti jelmaan Hindraf dirasmikan pula oleh DS Najib. Pelik bukan?

8. Bukan Lim Guan Eng sahaja yang berminda komunis malahan Ong Tee Kiat begitu jelas sikap komunisnya. Hinggakan ura-ura permuafakatan/perbincangan/mesyuarah UMNO-PAS dulu begitu sebok mahu diketahui apa pokok perkara yang hendak dibincangkannya. Ciri-ciri komunis ini ialah pemerintan kuku besi. Cantas dan tekap mulut orang jangan kasi bersuara. Lihatlah contoh terbaik seperti Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang (Lee Lam Thye pun belah beb!), Lim Guan Eng, Jeff Ooi yang sangat racist itu. (Jeff Ooi jangan buat-buat lupa kecaman jahat kamu kepada DYMM Tuanku Sultan perak.

9. Sebaik saja melaporkan NKRA para menteri kabinet dengan senyum lebar DS Najib mengatakan berpuas hati sekonyongnya hampir tewas 63-60 pada sesi undian belanjawan lalu. What the shame!

10. Tanpa usul periksa dan belum sempat pihak polis menjalankan siasatan terperinci sekonyongnya diberi tak pasal-pasal RM500K kepada gereja itu. Camni idea nak dapat duit dilihat cukup senang. Entah sesiapa pun bisa melakukan kerja provokasi sebegitu. Fikirlah sejenak. Renungkan berapa banyak lagi jambatan kayu/gantung usang di Sabah dan Sarawak malah di Semenanjung pun ada. Sekolah Kebangsaan terus dipinggirkan. Barangkali DS Najib tak faham makna National/Kebangsaan agaknya. Sedangkan NUS (National University of Singapore) termasuk top 100, Sek Kebangsaan langsung tak digagahkan. Hantarlah seberapa ramai guru English yang pakar dari Canada, UK, Ireland, New Zealand untuk mengajar anak-anak kampung dan bandar. Binlah seberapa banyak fasiliti sukan seperti gelanggang bola keranjang, skuash, renang, dewan badminton dan takraw, wujudkan orkestra dan semarakkan public speaking sesuai dengan TARAF NATIONAL/KEBANGSAAN itu. Sebenarnya pelajar Cina dan India bukanlah fobia pada istilah Kebangsaan cuma mereka dan ibubapa mereka tak yakin dengan kepakaran/kemudahan/dana yang terdapat di sek kebangsaan. Lihatlah di Universiti KEBANGSAAN ...berapa ramainya pelajar Cina dan India penuh bangga belajar di situ di setiap pelosok fakulti. Foreign students sampai terpaksa dihadkan pengambilan. Percayalah DS najib...kalau Sek Kebangsaan bagus, canggih, cemerlang pasti mereka berbondong-bondong datang. (Jangan jadi seperti Abdullah Badawi yang memekik bertempik Cemerlang gemilang Terbilang tapi tak buat satu apa pun untuk menuju ke tahap semua itu! What the shame!)


11. Peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan dipotong begitu ketara sekali. Asrama harian tak cukup belanja hingga mengarahkan pelajar pulang ke rumah setiap hujung minggu.

12. Yuran SBP melambung naik. Kriteria pendapatan RM5000 ke atas dijadikan ukuran tanpa melihat jumlah tanggungan isi keluarga.

13. Sejak MECD dimansuhkan, MARA kehilangan punca tanpa bisa bersuara. Peruntukan dikurangkan yang jelas menjejaskan peluang belajar anak-anak Melayu. Ada yang tepaksa berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara lantaran kekurangan dana.

14. Universiti Kuala Lumpur milik MARA mengalami krisis kewangan yang amat parah. Peruntukan belanja mengurus dari MARA hanya 50% kini. Para pensyarah yang telah memperoleh tempat di universiti terkemuka luar negara bagi melanjutkan pengajian peringkat PhD dibatalkan begitu saja. Malah dibekukan sama sekali!

15. Ternyata slogan hangit 1Malaysia DS Najib bak senjata makan tuan. Melayu berkokok pasal perpaduan. Cina dan India menyalak hak kesamarataan.

16. DS Nazri Aziz yang tergamak dan dengan biadabnya menuduh YBhg Tun seorang rasis tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun teguran oleh kepimpinan perdana. DS Najib terus membiarkan elemen kanser ini menular dalam tubuh badan kabinetnya sendiri. Malah Utusan Malaysia pun dikecam sebagai pro-rasism.

17. DS Najib melontarkan kata keramat, "memahami DENYUT NADI RAKYAT". Sedangkan keluhan dan keresahan seluruh warga UniKL langsung tak dihiraukan ama sekali. Desakan akar umbi dan back bone UMNO supaya DS Nazri Aziz disingkirkan langsung tak dilayan. SOMBONG! ANGKUH! BONGKAK! begitu sinonim dengan DS Nazri Aziz. Apakah DS Najib turut terkena badi Nazri ini?

18. Tan Lian Hoe yang BUTA SEJARAH malah lebih HINA lagi cuba MEMESONGKAN FAKTA SEJARAH dengan menghina bangsa Melayu sebagai pendatang di tanah leluhur ini dibiarkan begitu saja tanpa memohon maaf atas keceluparan beliau itu. Malah terus memegang jawatan Timbalan Menteri tanpa RASA MALU!

19. DS Ahmad Zahid Hamidi telah beberapa kali membuat provokasi bertujuan MEMALUKAN DS Najib bermula dengan kehilangan enjin pesawat, diikuti dengan saranan beliau bahawa seandainya dia menjawat jawatan PM maka KJ akan menjadi menteri dan terkini menghebohkan satu Malaya yang pihak tentera langsung tak berintegriti dengan menyalurkan maklumat kepada pihak asing. Indikator apa lagi yang DS Najib inginkan? Bukankah DS Zahid ini sebelah tangan Anwar Ibrahim? Malah pengagum beliau no 1.

20. Seperti fotokopi Abdullah Badawi yang flip-flop itu DS Najib ternyata begitu senang mengejar populariti berbanding integriti diri, kejatiandiri, prinsip perjuangan murni yang sepatutnya dipegang kukuh, utuh for the sake of our country. Bukannya obsesi diri! Kebanyakan tindak-tanduk DS Najib pra-matang malah dipengaruhi oleh igauan populist.

Monday, January 18, 2010

It Happened Under Your Watch, Najib!

“Don’t point the fingers at UMNO or anyone else,” so declared an angry Najib Razak, responding to a question on last Friday’s bombing of a church. It was pathetic to see him react thus, a body language that bespoke of a sinister kid whose bag of malicious tricks finally exploded in his face.

Najib would like us to believe that those acts of arson were spontaneous combustion. What a pathetic attempt at extricating himself from the ugly and dangerous mess he helped create! His performance was more to convince himself, for he could not possibly convince us.

Here he was after pouring the gasoline feigning surprise when someone finally lit a match. It was Najib who only the day before the incident declared that “Muslim groups were free to protest and express their views about the ‘Allah’ issue.” Just in case that message did not register, he added that the authorities would not stop groups from gathering at mosques and protesting there. Najib’s cousin and Home Minister, Hishammuddin, echoed the same sentiments.

Obviously somebody took them at their words. It is truly touching to see these two ministers belatedly becoming so protective of citizens’ rights to protest! The pair obviously do not appreciate the subtle but enormous difference between having those rights and the wisdom to exercise them appropriately.

Najib and Hishammuddin must think that Malaysians are a dumb lot not to see through their charade. It was Hishammuddin who first unhinged that dangerous religious wrecking ball with his banning of the use of the word Allah by that Catholic publication.

Contrast the words and deeds of these two very public purveyors of the “1Malaysia” fantasy to that of the leaders of Pakatan. In a statement issued through PKR, Anwar Ibrahim declared that “the wish of the non-Muslim community to use the term ‘Allah’ is a positive and welcomed development. We must not let that be an opportunity for those with malicious intent to seize the occasion to portray themselves as champions of Islam.” Amen to that!

Anwar realized only too well the potential dangers of stoking the religious fire. To emphasize his point, Anwar called for restraint and urged his followers not to participate in the planned Friday demonstrations. It was a particularly prescient call. Anwar must have read Najib, Hishammuddin and all the other characters in UMNO well; he knew their mischievous if not evil intent.

Anwar was not alone; leaders of PAS went out of their way not only to discourage the demonstrations but also to defend the rights of the Catholic publication to use the term “Allah.”

I do not know whether Malaysians, specifically Malays, are becoming more sensible or the restraint urged on by Anwar and the others had an impact, for come Friday the demonstrations were definitely muted. The egging-on by UMNO leaders fell flat; instead the rotten eggs landed on the faces of UMNO leaders.

The exemplary stand of the opposition leaders was a stark contrast to the mischievous if not downright dangerous antics of UMNO leaders. The contrast did not end there. Immediately following the tragic incident, Selangor Pakatan Mentri Besar Khalid Ibrahim visited the charred church. His was a much needed and very comforting presence, as well as a deeply symbolic gesture. It was a spontaneous yet splendid demonstration of common sense and deep concern for your fellow citizens, as well as of leadership.

Najib was content to condemn the hooliganism from afar, and in the process found himself in an uncomfortably defensive position. He did not visit the damaged church until the next day, but not before he had launched his party’s People’s Champion campaign in preparation for the next elections. That was Najib’s priority.

The only UMNO leader who visited the damaged church right away was its Youth leader Khairy Jamaluddin. He conveyed genuine empathy; his condemnation and expression of sympathy were genuine and heartfelt, a welcomed change from the hollowness of Najib’s.

Khairy’s presence made the absence of the other UMNO leaders that much more noticeable, and vulgar. These supposedly more seasoned UMNO leaders could learn a thing or two from Khairy on the importance of showing leadership in moments of crisis. You cannot teach that; either you have it or you don’t. Obviously Najib does not have it.

Najib’s bag of tricks was so crude that even foreign observers saw through it. “The real reason UMNO is politicizing the issue and pandering to its conservative base,” wrote the Wall Street Journal, “may be to deflect attention from its own political vulnerabilities.”

Najib had every reason to want to change the horrible headlines that were damaging his leadership, the latest being the jet engines stolen from a military base. The theft occurred during Najib’s tenure as Defense Minister but was only recently being made public.

That was not the only serious lapse of security during Najib’s tenure as Defense Minister. There was the spectacular and potentially devastating collapse of the naval base in Pularek just before its official opening. And to balance things out, there was the lethal attack on the army base in Grik, Perak, by a band of sarong-clad Al Maunah gang members. This recent revelation of the stolen jet engines was merely part of Najib’s trademark pattern of incompetence.

Thus far Najib is determined to repeat that same pattern as Prime Minister, except that he has now progressed beyond incompetence to being sinister.

It is downright malicious for Najib, Hishammuddin and others in UMNO to attempt at dividing Malaysians by needlessly treading on our religious sensitivities. Najib’s “1Malaysia” campaign has barely begun and he has already made a mockery of the ideal.

Specifically, Najib’s attempt to split Muslims in the opposition parties was brazen, crude and potentially destructive. There were initial intimations that his dirty scheming would work, what with the mainstream media continually harping on the supposed differences among the leaders of PAS and Keadilan over this issue. Najib and others must have been licking their chops, savoring the ‘brilliance’ of their strategy while remaining oblivious of the dangerous forces that they had unleashed.

Thankfully this time around Malaysians are far ahead of their leaders; we did not fall for this ugly and dangerous ploy. I am heartened that even UMNO’s own New Straits Times felt emboldened enough not to defend the administration on this matter.

In a thoughtful commentary, Rehman Rashid not too subtly reminded us of the terrible mess we found ourselves in with this manufactured crisis. Left unstated is the role of our leaders in leading us to be where we are today. Of course it would be too much to expect the mainstream media, specifically NST, to explore that. Under the circumstance, Rehman has gone as far as he could, and I applaud him for that.

In his piece Rehman wrote, “Debilitating dogmas need to be debunked, political parasites purged, and Little Napoleons stripped naked and hounded out of town.” Strong words! At least he has demonstrated that sycophantic editors (or at least their toadying editorials) are out too!

I hope that the positive gestures by Khairy and refreshingly candid commentary by Rehman would move Najib, Hishammuddin and others in UMNO away from their dangerous games. If they do not, then it is time we take the match away before they burn down the country. It is also time we tell them in no uncertain terms that they are not only unfit to lead our great nation but they also pose an imminent danger to Malaysia.

The nation suffered terribly in 1969; that national tragedy was instrumental in elevating Tun Razak to the nation’s top post. We should never risk our nation to another tragic episode under the inept and sinister leadership of his son.

We must not let Najib and his UMNO cahoots continue their bag of dirty tricks upon us. The fire next time might not be so easily contained. The conflagration then could rip us all apart. Let us not even contemplate giving them another chance; we have had enough!