Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak tampaknya mengulangi sikap dan perangai kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal sebagai kerajaan flip flop dan half past six.
Tindakan kerajaan membatalkan cadangan, Sistem Subsidi Beras Rakyat (SUBUR), sistem baru harga Petrol dan penangguhan GST antara keputusan terbaru yang menunjukkan kerajaan hari ini berada dalam keadaan tidak boleh berfikir.
Memang benar keputusan kerajaan ini menepati kehendak majoriti rakyat tetapi mengapa sebelum ini Menteri-menteri terbabit bukan main megah dan hebat sekali melancar atau mengumumkannya tanpa mengambil kira sentimen rakyat sendiri?
Mengapa tiada kajian yang mengambil kira kehendak rakyat sebelum diumumkan perkara-perkara seperti ini?
Subur misalnya sangat memalukan. Dilancarkan oleh Perdana Menteri tetapi akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana lebih banyak wang perlu dikeluarkan untuk sistem subsidi baru ini berbanding sistem lama. Mengapa tergopoh gapah melancarkan Subur sebelum kajian dan pandangan para wakil rakyat BN diambil kira?
Demikian juga sistem subsidi petrol lawak jenaka Ismail Sabri. Megapa Menteri begitu gah untuk mempertahankan sistem yang penuh birokrasi tersebut sehingga akhirnya terpaksa dibatalkan kerana sudah menjadi bahan jenaka rakyat.
Demikian juga GST, ada pegawai kanan kerajaan mengatakan harga barang akan menjadi lebih rendah apabila GST diperkenalkan. Jika demikian mengapa ditangguhkan? Jika benar GST Malaysia boleh merendahkan barangan seperti dakwaan Pegawai kanan yang menguruskan hal ehwal GST mengapa ia tidak dilaksanakan?
Tindakan kerajaan menangguhkan pembentangan GST kali kedua ini menunjukkan kerajaan sendiri sebenarnya tidak membuat kajian terperinci dan mendapat maklum balas umum sebelum dibuat atau diumumkan. Hasilnya kerajaan terpaksa menarik balik beberapa keputusan yang telah dibuat.
Sesebuah kerajaan yang flip flop bukanlah sebuah kerajaan yang baik. Kalau PM dan Menteri tidak boleh befikir dan asyik diperbodohkan oleh pegawai kerajaan dan konsultan cari makan elok semua resign sahaja.
jangan sampai dari anggapan kerajaan flip flop menjadi kerajaan dungu pulak.

kerajaan sekarang bukan jenis flip flop tapi setiap langkah yang akan diambil , kerajaan begitu mengambil berat masalah rakyat dan ini dapat dilakukan bila kerajaan membuat bancian dan mendapat pandangan pelbagai pihak sebelum dilaksana dari segi pro dan kontra dan hasilnya kerajaan sekarang mendengan keluhan dan sensitiviti rakyat. Jika dilaksanakan umpama meletak bom jangka kepada kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib. Nampaknya langkah beliau semakin diterima oleh rakyat. Itulah sebabnya bertepatan dengan slogan 1Malaysia , Rakyat didahulukan maka pandangan rakyat diambil kira sebelum sesuatu dasar hendak dilaksanakan.
ReplyDeleteTahniah DS Najib kerana mendengar perlbagai komen dari peringkat akar umbi dan rakyat! Tahniah sekali lagi..
1Malaysia. Rakyat di dahulukan Pencapaian diutamakan!
hehehe panas sungguh puak puak pembangkang nie sebab makin hari makin mendapat kepecayaan rakyat terhadap kepimpinanan najib yg lebih mesra rakyat.
ReplyDelete