Monday, February 15, 2010

1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

1. Koh Tsu Koon yang tewas teruk waktu dianugerahkan jawatan Menteri Penuh! Ironinya memegang potfolio NKRA dan KPI. Lawak apa ini? (Idris Jala tak kedengaran pun suaranya lagi...)

2. Tan Lian Hoe yang BUTA SEJARAH atau PURA-PURA TAK TAHU SEJARAH dilantik terus jadi Timbalan Menteri meskipun telah memaparkan kedangkalan pengetahuan asas sejarah dan pembentukan negara bangsa ini.

3. Shahrizad yang tersungkur di PU pada budak hingus diberi jawatan Menteri Penuh. Apakah ketandusan pemimpin berwibawa di peringkat nasional? Bagaimana agaknya di peringkat regional mahupun global? Lagi teruk barangkali.

4. Ali Rustam yang terang-terangan didapati bersalah menyogok wang dan jam tangan Rolex kepada perwakilan oleh JK Disiplin UMNO terus diberi mandat memegang jawatan Ketua Menteri. Bagaimana DS Najib bisa mempersenda keputusan JK badan UMNO sendiri? Bukan penghinaankah itu?

5. Hanya dengan sedikit provokasi untuk bertanding jawatan TP UMNO maka sekonyongnya Zahid Hamidi disarankan bertanding NP UMNO. Sedangkan di kala kepimpinan Abdullah Badawi yang meMALUKAN negara bermula dari keputusan terburu-nuru menghantar Azmi Khalid ke China memohon maaf untuk kesalahan yang tak dilakukan pun. (Bukankah wanita ketuk ketampi bogel iyu berbangsa Melayu! What the shame Dolah!). Zahid Hamidi ini sebok menguar-uarkan PhD cap ayamnya itu. Orang berhempas pulas study nanotechnology, fuzzy logic, parallel and neural network dia tanpa segan silu menjaja title Dr ke sana-sini hasil kajian sosiologinya itu..trivial!

6. Hampir separuh dari anggota Kabinet kini tak ada kredibiliti. Johari baharom yang rasuah itu pun diberi jawatan Timbalan Menteri. sedangkan budak sekolah yang berlambak dapat 5A UPSR dan 8A PMR belum tentu dapat SBP lagi. Itukah makna pencapaian diutamakan DS Najib?

7. Hindraf yang terang-terang menghasut membabi buta menyatakan berlakunya ethnic cleansing di kalangan masyarakat India di Malaysia dilepaskan begitu saja tanpa bicara! Bacalah memorandum yang dihantar kepada Queen Elizabeth. Fitnah Jahat Hindraf ini tak terbayar harganya! Malah Makkal Sakhti jelmaan Hindraf dirasmikan pula oleh DS Najib. Pelik bukan?

8. Bukan Lim Guan Eng sahaja yang berminda komunis malahan Ong Tee Kiat begitu jelas sikap komunisnya. Hinggakan ura-ura permuafakatan/perbincangan/mesyuarah UMNO-PAS dulu begitu sebok mahu diketahui apa pokok perkara yang hendak dibincangkannya. Ciri-ciri komunis ini ialah pemerintan kuku besi. Cantas dan tekap mulut orang jangan kasi bersuara. Lihatlah contoh terbaik seperti Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang (Lee Lam Thye pun belah beb!), Lim Guan Eng, Jeff Ooi yang sangat racist itu. (Jeff Ooi jangan buat-buat lupa kecaman jahat kamu kepada DYMM Tuanku Sultan perak.

9. Sebaik saja melaporkan NKRA para menteri kabinet dengan senyum lebar DS Najib mengatakan berpuas hati sekonyongnya hampir tewas 63-60 pada sesi undian belanjawan lalu. What the shame!

10. Tanpa usul periksa dan belum sempat pihak polis menjalankan siasatan terperinci sekonyongnya diberi tak pasal-pasal RM500K kepada gereja itu. Camni idea nak dapat duit dilihat cukup senang. Entah sesiapa pun bisa melakukan kerja provokasi sebegitu. Fikirlah sejenak. Renungkan berapa banyak lagi jambatan kayu/gantung usang di Sabah dan Sarawak malah di Semenanjung pun ada. Sekolah Kebangsaan terus dipinggirkan. Barangkali DS Najib tak faham makna National/Kebangsaan agaknya. Sedangkan NUS (National University of Singapore) termasuk top 100, Sek Kebangsaan langsung tak digagahkan. Hantarlah seberapa ramai guru English yang pakar dari Canada, UK, Ireland, New Zealand untuk mengajar anak-anak kampung dan bandar. Binlah seberapa banyak fasiliti sukan seperti gelanggang bola keranjang, skuash, renang, dewan badminton dan takraw, wujudkan orkestra dan semarakkan public speaking sesuai dengan TARAF NATIONAL/KEBANGSAAN itu. Sebenarnya pelajar Cina dan India bukanlah fobia pada istilah Kebangsaan cuma mereka dan ibubapa mereka tak yakin dengan kepakaran/kemudahan/dana yang terdapat di sek kebangsaan. Lihatlah di Universiti KEBANGSAAN ...berapa ramainya pelajar Cina dan India penuh bangga belajar di situ di setiap pelosok fakulti. Foreign students sampai terpaksa dihadkan pengambilan. Percayalah DS najib...kalau Sek Kebangsaan bagus, canggih, cemerlang pasti mereka berbondong-bondong datang. (Jangan jadi seperti Abdullah Badawi yang memekik bertempik Cemerlang gemilang Terbilang tapi tak buat satu apa pun untuk menuju ke tahap semua itu! What the shame!)


11. Peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan dipotong begitu ketara sekali. Asrama harian tak cukup belanja hingga mengarahkan pelajar pulang ke rumah setiap hujung minggu.

12. Yuran SBP melambung naik. Kriteria pendapatan RM5000 ke atas dijadikan ukuran tanpa melihat jumlah tanggungan isi keluarga.

13. Sejak MECD dimansuhkan, MARA kehilangan punca tanpa bisa bersuara. Peruntukan dikurangkan yang jelas menjejaskan peluang belajar anak-anak Melayu. Ada yang tepaksa berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara lantaran kekurangan dana.

14. Universiti Kuala Lumpur milik MARA mengalami krisis kewangan yang amat parah. Peruntukan belanja mengurus dari MARA hanya 50% kini. Para pensyarah yang telah memperoleh tempat di universiti terkemuka luar negara bagi melanjutkan pengajian peringkat PhD dibatalkan begitu saja. Malah dibekukan sama sekali!

15. Ternyata slogan hangit 1Malaysia DS Najib bak senjata makan tuan. Melayu berkokok pasal perpaduan. Cina dan India menyalak hak kesamarataan.

16. DS Nazri Aziz yang tergamak dan dengan biadabnya menuduh YBhg Tun seorang rasis tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun teguran oleh kepimpinan perdana. DS Najib terus membiarkan elemen kanser ini menular dalam tubuh badan kabinetnya sendiri. Malah Utusan Malaysia pun dikecam sebagai pro-rasism.

17. DS Najib melontarkan kata keramat, "memahami DENYUT NADI RAKYAT". Sedangkan keluhan dan keresahan seluruh warga UniKL langsung tak dihiraukan ama sekali. Desakan akar umbi dan back bone UMNO supaya DS Nazri Aziz disingkirkan langsung tak dilayan. SOMBONG! ANGKUH! BONGKAK! begitu sinonim dengan DS Nazri Aziz. Apakah DS Najib turut terkena badi Nazri ini?

18. Tan Lian Hoe yang BUTA SEJARAH malah lebih HINA lagi cuba MEMESONGKAN FAKTA SEJARAH dengan menghina bangsa Melayu sebagai pendatang di tanah leluhur ini dibiarkan begitu saja tanpa memohon maaf atas keceluparan beliau itu. Malah terus memegang jawatan Timbalan Menteri tanpa RASA MALU!

19. DS Ahmad Zahid Hamidi telah beberapa kali membuat provokasi bertujuan MEMALUKAN DS Najib bermula dengan kehilangan enjin pesawat, diikuti dengan saranan beliau bahawa seandainya dia menjawat jawatan PM maka KJ akan menjadi menteri dan terkini menghebohkan satu Malaya yang pihak tentera langsung tak berintegriti dengan menyalurkan maklumat kepada pihak asing. Indikator apa lagi yang DS Najib inginkan? Bukankah DS Zahid ini sebelah tangan Anwar Ibrahim? Malah pengagum beliau no 1.

20. Seperti fotokopi Abdullah Badawi yang flip-flop itu DS Najib ternyata begitu senang mengejar populariti berbanding integriti diri, kejatiandiri, prinsip perjuangan murni yang sepatutnya dipegang kukuh, utuh for the sake of our country. Bukannya obsesi diri! Kebanyakan tindak-tanduk DS Najib pra-matang malah dipengaruhi oleh igauan populist.

8 comments:

  1. lol Najib oh najib. mampos orang melayu. Najib jual bangsa, pas jual agama, Anwar Ibrahim kaki jubur. Apalah malang nasib bangsa ku.

    ReplyDelete
  2. Janganlah emosional brother. Sebab itu beberapa kali UMNO nak adakan perbincangan dengan Pas untuk bersatu dalam isu agama Islam dan bangsa Melayu. malangnya haramjadah Pas ni sanggup jual agama dan bangsa untuk kuasa.

    Sebagai Perdana Menteri Malaysia tentulah beliau kena bertindak mengikut suara majoriti. Hari ini selain MCA, MIC, Gerakan dan PBS, Pas dan PKR pun sokong kesamarataan agama dan bangsa. Jadi apa pilihan DS Najib ada? Lainlah kalau orang Melayu boleh bersatu hal bangsa dan agama tentulah mudah Datuk najib jaga kepentingan I8slam dan Melayu.

    ReplyDelete
  3. Janganlah marah Zahid Hamidi. Apa pilihan dia boleh buat kalau Setiausaha Politik beliau dilantik oleh Datuk Najib. Siapakah Shahrul ni kalau bukan orang Hishamudin Tun Hussien sejak dalam pemuda dulu?

    Shahrul ini ditugaskan untuk mensabotaj datuk zahid demi kepentingan Hisham.

    ReplyDelete
  4. semua buat tak kena kat hangpa. Hangpa saja pandai.

    ReplyDelete
  5. ini semua dari taik pak lah..kalau bukan kerana dia perkara seperti ni tak berlaku, sekarang DS Najib sedang berusaha untuk membetulkan apa yang dah rosak

    DS Najib baru sahaja ambil tampuk pemerintahan tak sampai setahun. berikan beliau masa untuk membetulkan ini semua. sedangkan luka pun lambat sembuh melainkan ada magic.
    bukan cam pembangkang! cakap pandai tapi keje haram satu pun tak betul. sekarang ni aku tengok penerimaan 1Malaysia semakin mendapat tempat di hari rakyat Malaysia! TAHNIAH DATUK SERI NAJIB

    ReplyDelete
  6. lain kepala lain pengikutnya dulu memang mereka itu tidak cemerlang tetapi dengan kepimpinan baru akan merubah segalanya.
    belum apa apa dah nak kritik orng selamat tak lantik orng macam ko nie semua nak cari kesalahan orng saja diri sendiri tak tentu betul.

    ReplyDelete
  7. kalau tiada pemimpin melayu yg boleh membuat ko pecaya takan ko nak kapir yg memerintah, kalau kapir memerintah ko pikir pekara pertama dia akan jaga islam dan bangs melayu ka ish ish ishhhhhh tu lah kalau orng tak sedar diri macam hangpa nie belum apa apa dah nak kritik orng pas tu suka buat andaian dan pitnah pula tu

    ReplyDelete
  8. jangan2 dia ni talibarut kalimullah tak atau talibarut anwar?
    sekarang ni macam macam agenda mereka nak buat, salah satunya tabuq fitnah dan buat huru hara.

    kalau sayangkan negara, nak kritik tu biarlah yang berfakta, janganlah main hentam sembrono ajer. tul tak?

    ReplyDelete