Tuesday, March 23, 2010

Malaysian The Parrot

Fed up! I'm really fed up with najib's administration.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN tidak tahu menyeelesaikan masalah. Beliau hanya tahu umum dan umumkan pelbagai pembaharuan, projek dan dasar seperti mana burung kakak tua.

Apa sahaja yang disuapkan kepada PM dan nampak baik beliau akan umumkan tanpa memikirkan berkali-kali implikasi akan datang. Umum subsidi beras timbul masalah. Umum subsidi minyak, timbul masalah. Umum GST timbul masalah.

Masalah timbul kerana DS Najib dan Jemaah Kabinet tak ubah seperti burung kakak tua (parrot) yang hanya mengulangi apa sahaja yang diucapkan oleh pegawai kanan kerajaan dan pembantu-pembantu Menteri yang tidak cekap, cuai dan tidak memahami pemikiran rakyat di bawah.

Bukan PM saja. TPM pun sama.

Apa sahaja cadangan pengawai kanan kerajaan dan pembantu terus beliau umumkan. Umum kurangkan bantuan sekolah asrama, akhirnya ubah balik. Umum tarik Skim Baucer Tuiysen, kemudiannya ubah ke asal.

Umum peruntukan besar ke sekolah berprestasi tinggi, timbul kemarahan sekolah luar bandar dan sekolah lain yang terasa dianak tirikan. Nak tarik rasa malu sekarang ni guru sekolah biasa menyumpah seranah kerana peruntukan mereka dikurangkan sedangkan sekolah SBT dalam bandar yang ramai anak pegawai kanan kerajaan dapat bantuan berlebih-lebihan.

Kurangkan peruntukan Sukan sekolah. Bila kena lanyak buat u turn lagi. Apa punya mangkuk punya menteri pelajaran merangkap TPM ni? Sekarang bagi berlebih pula untuk peruntukan sukan. menteri flip flop aka menteri parrot.

Ada satu lagi parrot kurang bercakap tapi bila bercakap lagi nampak bodoh. Jawatan asal Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekarang di panggil orang Menteri Amaran Dalam Negeri. Ini sebab kerjanya bagi amaran sahaja.

Masalah dalam polis tak boleh selesai sebab Hishamuddin hanya ulang apa yang pegawainya cadangkan. Pegawai pula banyak sudah kong kali kong dengan tokey kaya. Bila pegawai cadang supaya kontrak Musa Hassan ditamatkan lebih awal hishamuddin pun setuju saja sebab tak tahu apa berlaku dalam polis. Alasan pegawai mahu baiki imej polis. Hakikatnya sebab mereka "tak boleh makan" Musa Hassan.

Bila China Press keluar cerita terus Hisham melenting konon hendak ambil tindakan. akhirnya hanya AMARAN yang dibagi sebab memang itupun jawatannya Menteri Amaran Dalam Negeri. Sebab utama tiada tindakan kerana Hisham tahu sebahagian cerita itu ada kebenarannya. Iaitu beliau mahu Musa letak jawatan.

Apa punya bangang Menteri yang satu. tak boleh tunggu kontrak musa tamat September inikah? Dulu Ketua SPRM pun macam tu juga. Kontrak tinggal dua bulan tetapi diarah berhenti sebab nak tunjuk Menteri punya power. Sapa tak ikut cakap pejabat Menteri alamat "umur" jawatan tak panjang. Jangan ingat duduk menteri dalam negeri boleh catur siasatan SPRM untuk kenakan seteru politik dalam parti.

Lepas marah China Press boleh pula dia kata akan ada perubahan kepimpinan dalam pasukan Polis dalam masa terdekat ini. Nah apa benda ni YB? Apa pegawai suap semua menteri cakap akhirnya kenyataan hari ini dah berlainan dengan semalam.

banyak lagi menteri parrot tapi tunggu lain kali.

Monday, March 15, 2010

Kerajaan Flip Flop

Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak tampaknya mengulangi sikap dan perangai kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal sebagai kerajaan flip flop dan half past six.

Tindakan kerajaan membatalkan cadangan, Sistem Subsidi Beras Rakyat (SUBUR), sistem baru harga Petrol dan penangguhan GST antara keputusan terbaru yang menunjukkan kerajaan hari ini berada dalam keadaan tidak boleh berfikir.

Memang benar keputusan kerajaan ini menepati kehendak majoriti rakyat tetapi mengapa sebelum ini Menteri-menteri terbabit bukan main megah dan hebat sekali melancar atau mengumumkannya tanpa mengambil kira sentimen rakyat sendiri?

Mengapa tiada kajian yang mengambil kira kehendak rakyat sebelum diumumkan perkara-perkara seperti ini?

Subur misalnya sangat memalukan. Dilancarkan oleh Perdana Menteri tetapi akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana lebih banyak wang perlu dikeluarkan untuk sistem subsidi baru ini berbanding sistem lama. Mengapa tergopoh gapah melancarkan Subur sebelum kajian dan pandangan para wakil rakyat BN diambil kira?

Demikian juga sistem subsidi petrol lawak jenaka Ismail Sabri. Megapa Menteri begitu gah untuk mempertahankan sistem yang penuh birokrasi tersebut sehingga akhirnya terpaksa dibatalkan kerana sudah menjadi bahan jenaka rakyat.

Demikian juga GST, ada pegawai kanan kerajaan mengatakan harga barang akan menjadi lebih rendah apabila GST diperkenalkan. Jika demikian mengapa ditangguhkan? Jika benar GST Malaysia boleh merendahkan barangan seperti dakwaan Pegawai kanan yang menguruskan hal ehwal GST mengapa ia tidak dilaksanakan?

Tindakan kerajaan menangguhkan pembentangan GST kali kedua ini menunjukkan kerajaan sendiri sebenarnya tidak membuat kajian terperinci dan mendapat maklum balas umum sebelum dibuat atau diumumkan. Hasilnya kerajaan terpaksa menarik balik beberapa keputusan yang telah dibuat.

Sesebuah kerajaan yang flip flop bukanlah sebuah kerajaan yang baik. Kalau PM dan Menteri tidak boleh befikir dan asyik diperbodohkan oleh pegawai kerajaan dan konsultan cari makan elok semua resign sahaja.

jangan sampai dari anggapan kerajaan flip flop menjadi kerajaan dungu pulak.